Thursday, June 24, 2010

24 JUN 2010-Balik Sg Besar

Hari ni balik Sungai Besar ambik belut,petang baru gerak balik,dalam perjalanan hujan lebat gak,petang g mancing puyu ngan ayang n mak,kimi n iman ikut skali.

malam ayang buat rawatan lintah untuk resdung.mula2 menjerit macam kena hasteria,siap doa2 lagi,iman tolon bacakan doa makan,tapi akhirnya berjaya juga aku buat rawatan walaupun bermacam2 dugaan.

Friday, June 18, 2010

18 Jun 2010-Meeting





Hari ni tak g kilang,pukul 10 pagi ada meeting di PUSMAL,bincang pasal Trading House,tapi fokus pada printing.
Lepas sembahyang jumaat g Chowkit ambik barang RORINE jap.
Pukul 5 ada meeting lak dengan budak printing dari Shah Alam.
Zaihan hantar lintah kat pusat rawatan,sorang lagi tutup kolam,sebab tak berjaya......
Kena buat sesuatu tentang penternakan lintah.

Thursday, June 17, 2010

Bersama Zulkifli M Osman


Gambar ni aku ambik masa Zulkifli M Osman datang buat dokumentari pasal lintah di pusat terapi.Sporting gila abg Zul ni,semua krew pun sporting gak....

Demam Bola

Hari ni macam biasa,g kilang hadi Sungai Buloh,seperti biasa siapkan mesin untuk memcuci plastik,semua dah siap,tinggal mesin sedut air jer belum elok lagi.

Balik dari kilang pun dah pukul 6.30petang,balik rumah dulu mandi pastu turun layan worldcup.

Kalah pulak pasukan yang aku sokong,Korea Selatan....Park Ji Sung gagal membantu negaranya,yerla bola nikan permainan berpasukan,kalau sorang jer power yang lain hampeh pun tak guna jugak,apa pun aku bangga gak negara asia pun boleh lawan sama Argentina,Malaysia bila la lagi...
Lepas bola meeting lak dengan Nates,bincang sikit dengan dia pasal kedai.....