Sunday, May 23, 2010

Video Klip AF8

Dah lama tak menulis.minggu ni sebok di kilang jer,harap-harap projek plastik ni pun berjaya gak macam projek Lintah.Hari ni pepagi dah teman wife g beli kasut.pastu gi kedai,discuss ngan partner pasal lintah n plastik,banyak kerja nak dibuat.......hari ni pun ramai gak cust yang datang.....balik awal ke rumah..bagilah masa sikit untuk wife n anak......sesambil tengok videoclip AF8...best gak lagu Shahir

Wednesday, May 19, 2010

BALIK SLIM RIVER

Mula2 rasa macam malas nak balik kg.malam tadi anak aku meragam sebab demam,jadi tido tak cukup,tapi isteriku ajak jugak,dia kata bila lagi nak balik,lagi pun memang dah lama tak balik Slim River pun.Sampai kg pun hari hujan rintik-rintik,Oh lupa nakbg tau,kali ni balik adik aku yg nama ayang tumpang,jadi sebelum balik dia dah call kampung nak makan itu ini.Makbapak aku ni memang kalau anak-anak mintak,memang tak pernah tak masak,sayang sungguh kat anak.Balik kali ni mak aku masak ikan keli masak kari,ayam bakar.sup daging dan murtabak telur.Apa lagi memang berselera la kami makan malam tu.

DEMAM

17 May 2010

Hari ni aku demam teruk sangat,nak bangun g kedai pun tak larat,so kedai aku lepaskan pada angah n Lee jaga.nak makan pun tak larat,sepatutnya aku yg jaga isteriku,alih2 dia yg jaga aku.
cepatlah sembuh......

Monday, May 17, 2010

KEGUGURAN

16 May 2010

Satu p'kataan yang ditakuti oleh ibu mengandung ialah keguguran, aku dan isteriku t'paksa menerima kenyataan ini....selama 4hari berturut2 sehinggalah pada malam sabtu 15hb5 isteriku mengalami sakit perut spt senggugut dan darah semakin kerap keluar sehinggalah isteriku terasa ade ketulan besar keluar, aku mengajak isteriku ke hospital tapi dia menolak dengan alasan esok sajerla...

lebih kurang pukul 10 pg 16hb5 aku m'bawa isteriku ke HKL b'sama ketulan t'sebut utk kepastian, setelah pemeriksaan dijalankan doktor mengesahkan isteriku "KEGUGURAN", terpancar di wajahnya riak kekecewaan...apapun aku bersyukur tiada apa2 berlaku pada isteriku. Mungkin takder rezeki kami utk kali ni....aku memujuk isteriku dan diri ini supaya jgn t'lalu sedih atas ape yg b'laku, kita boleh usaha lagi utk m'dptkn zuriat....ank aku ckp "baby da ilang"..

Saturday, May 15, 2010

HARI BELIA NEGARA 2010(14 - 16 MEI 2010) DAY 2

15 May 2010

Macam biasa pukul 8.30pagi aku dah sampai kat kedai.Mie dah sampai,siap baca suratkhabar lagi,Razli dah siap main Fb lagi,Hazim tengah bersiap,Clive tgh mandi,Nates n Angah baru bangun,siap semua,Isma pun dah datang,aku suruh team aku gerak dulu,mana yang dah ready gerak dulu,mana yg baru bangun tu gerak kemudian,Jadi Razli gerak dengan Isma bawak barang,Nates,Angah,Clive,Hazim N Mie sebijik lagi kete,tak lama tu Lan sampai dengan kete Hazim,dalam tu yang ikut Zaid,Munir n Amirul,Si rider Shubki g naik motosikal kesayangannya.
Harap-harap hari ni berjaya meyakinkan orang ramai tentang terapi lintah.

Friday, May 14, 2010

WAD BERSALIN,HOSPITAL KUALA LUMPUR


14 May 2010

Tengah prepare persiapan untuk HARI BELIA NEGARA 2010,dapat msg dari wife,kata "masih keluar darah".Untuk pengetahuan semua,isteri aku pregnent 2 month,dari semalam keluar darah sikit,so aku pun call my personal Dr,dia suggest bawak g HKL untuk scan...lepas settle urusan LINTAH,terus balik bersiap dan gerak ker HKL dalam pukul 11pg.Nasib baik jalan tak berapa jem,parking pun tak jauh dari wad bersalin.Urusan boleh tahan lama,cek sana,cek sini,anak aku sebok cari mak dia,habis satu HKL aku bawak dia cari mak dia,tak jumpa2 gak,last2 dia penat dia duduk,tak lama tu baru mak dia muncul,nasib baik tak kena tahan wad,Dr pun just bg ubat asid forlick jer.Nak ker kete,hujan lak turun renyai2

HARI BELIA NEGARA 2010(14 - 16 MEI 2010)


14 May 2010

Hari ni team lintah aku terlibat dalam expo di Putrajaya.Pukul 8.30 dah bangun untuk melihat persiapan dan memastikan tiada barang yang tertinggal,Hari ni aku mejaga kedai jadi untuk memantau team aku serahkan kepada Suhairi,Razli dan juga Hafiz.Terapis dari UM yang terlibat untuk hari ni ialah Shahlan,Hazim,Faizal,Shub,Zaid,Ashraf,Amirul,Munir,Atikah,Clive dan Najiha.Go team LEERA u all can make it...............So jika sesiapa warga Putrajaya,jangan lupa singgah di booth TERAPI LINTAH LEECH MIRACLE

SALAM PERKENALAN SEMUA

14 May 2010

Salam perkenalan kepada rakan-rakan baru atau yang memang mengenali diri ini,blog ini diwujudkan hanya untuk mencoret kisah kehidupan harian yang dilalui oleh insan bernama Muhamad Suhaili,Diharap boleh memberi panduan,maklumat berguna dan juga kegembiraan pada yang membaca.Silalah tinggalkan komen-komen saudara serta saudari.